Langkau ke kandungan utama

Koleksi Perpustakaan DMTK

Pintu masuk penerokaan koleksi bahan cetak fizikal, e-buku rujukan, tesis penyelidikan dan repositori digital.

Direktori Bahan

Koleksi Perpustakaan DMTK

Direktori rasmi sembilan (9) koleksi bahan fizikal dan institusi Perpustakaan Datuk Mary Teresa Kinajil yang ditempatkan di Aras Bawah dan Aras 1.

Aras Bawah Koleksi 1

Koleksi Am (Rak Terbuka / Open Shelf)

Koleksi bahan bacaan umum yang ditempatkan di Rak Terbuka. Bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam oleh pengguna mengikut peraturan pinjaman perpustakaan semasa.

Aras 1 Koleksi 2

Koleksi Rujukan

Koleksi ensiklopedia, kamus, buku panduan, bibliografi, dan buku-buku rujukan asas pembelajaran yang hanya mempunyai satu naskhah sahaja dan disimpan di Rak Rujukan.

Aras 1 Label: JUR

Koleksi Terbitan Bersiri

Koleksi jurnal, majalah, laporan tahunan, dan bahan yang diterbitkan secara berkala. Ditempatkan di ruangan jurnal dan dikenal pasti melalui label JUR pada tulang buku.

Aras 1 Koleksi 4

Koleksi Kajian Tindakan Pelajar dan Tesis Pensyarah

Koleksi penyelidikan ilmiah yang dihasilkan oleh staf akademik dan pelajar guru, merangkumi tesis pelajar serta tesis dan kajian staf IPG Kampus Kent Tuaran.

Aras 1 Umur ≤ 12 Tahun

Koleksi Buku Kanak-kanak

Koleksi bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen yang bersesuaian untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, ditempatkan pada rak khas untuk sokongan pembelajaran.

Aras 1 BM / BI

Koleksi Fiksyen BM/BI

Koleksi bahan-bahan bacaan fiksyen dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan pada rak khas untuk memupuk budaya membaca dan penguasaan bahasa.

Aras Bawah Kurikulum KPM

Koleksi Buku Teks Terbitan KPM

Koleksi buku teks kurikulum semasa yang diguna pakai di sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan pengajaran, pembelajaran, dan rujukan kurikulum.

Aras 1 Khazanah Kent

Koleksi Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Koleksi bahan-bahan berkaitan IPG Kampus Kent merangkumi laporan tahunan sejak tahun 1990-an, buletin kampus, jurnal, dan bahan terbitan institusi yang lain.

Aras 1 Peperiksaan

Koleksi Bank Soalan Peperiksaan

Koleksi kertas soalan peperiksaan dari tahun-tahun sebelumnya yang dipamerkan di perpustakaan untuk rujukan dan persediaan ulang kaji peperiksaan warga pelajar.

Sumber Digital

eBook Rujukan Mengikut Opsyen

Koleksi e-buku teks rujukan kursus IPGM, cadangan buku teks 2026, dan sumber bacaan ilmiah mengikut bidang pengajian.

Memaparkan semua e-buku rujukan akademik.
Tapis Mengikut Bidang / Subjek:
e-Book 2020

Technopreneurship: Strategi dan Inovasi

Pengarang: Siregar, D., Purnomo, A., Mastuti, R., et al.

Kajian komprehensif mengenai strategi perniagaan berasaskan teknologi dan pembentukan ekosistem inovasi.

ISBN: 978-6236840009