Langkau ke kandungan utama

Tentang Kami

Perpustakaan Datuk Mary Teresa Kinajil (DMTK)

Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan IPGM Kampus Kent, yang kini dikenali sebagai Perpustakaan Datuk Mary Teresa Kinajil (DMTK), telah mula beroperasi di kampus baharu pada Januari 2015. Proses perpindahan perpustakaan dilakukan secara berfasa, di mana fasa pertama bermula pada Januari 2014 dengan pemindahan koleksi rujukan. Seterusnya, fasa kedua bermula pada Jun 2014 yang melibatkan pemindahan koleksi pinjaman serta koleksi-koleksi lain.\n\nPerpindahan ini dilaksanakan secara gotong-royong dengan kerjasama warga IPGM Kampus Kent yang sangat komited bagi memastikan perpustakaan dapat beroperasi sepenuhnya sebelum Audit MQA bagi Program PPG yang dijadualkan pada Jun 2015. Pada tahun yang sama, perpustakaan ini telah diberi nama Perpustakaan Datuk Mary Teresa Kinajil, bersempena nama Pengarah IPGM Kampus Kent ketika itu, iaitu Datuk Mary Teresa Kinajil.\n\nPerpustakaan Datuk Mary Teresa Kinajil (DMTK) menawarkan lebih daripada 50,000 bahan rujukan yang merangkumi pelbagai jenis koleksi seperti buku teks, buku rujukan, jurnal ilmiah, tesis, laporan penyelidikan, risalah dan sebagainya. Semua koleksi ini disusun mengikut bidang pengajian untuk memudahkan pencarian dan akses oleh para pengguna.\n\nKoleksi perpustakaan ini direka khas untuk menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam kalangan pelajar, pensyarah dan warga IPGM Kampus Kent. Sama ada untuk tugasan kursus, penyediaan pengajaran atau kajian ilmiah, pengguna boleh bergantung kepada koleksi yang komprehensif dan terkini ini.\n\nSebagai tambahan kepada kemudahan fizikal, Perpustakaan DMTK juga menyediakan akses atas talian melalui sistem WebOPAC (katalog buku atas talian), pangkalan data digital dan repositori institusi. Dengan kemudahan ini, pengguna boleh mengakses sumber perpustakaan dengan mudah dari mana-mana lokasi, pada bila-bila masa. Perkhidmatan atas talian ini direka untuk menyokong pembelajaran kendiri, fleksibel dan berterusan, selaras dengan keperluan pendidikan era digital.

Visi

Visi

Menjadikan Perpustakaan Keguruan yang Cemerlang

Misi

Misi

Menyediakan dan mempertingkatkan perkhidmatan serta menambah bahan koleksi penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa untuk membantu pencapaian matlamat / objektif latihan perguruan ke arah pembentukan masyarakt guru berbudaya ilmu.

Objektif

  1. Menyediakan bahan rujukan, kajian dan penyelidikan bagi menyokong proses pengajaran dan penyelidikan.
  2. Memperkenalkan pelbagai jenis buku dan pelbagai bentuk media maklumat.
  3. Mempertingkat tabiat membaca
  4. Menambah dan memperkayakan ilmu pengetahuan.

Piagam Pelanggan

  • Mempastikan bahawa semua pengguna perpustakaan, khususnya warga IPG Kampus Kent berpeluang menggunakan segala kemudahan yang disediakan bagi mendapatkan sumber pengetahuan dan maklumat.
  • Berusaha menyedia dan mempelbagaikan koleksi yang mencukupi, berkualiti dan terkini disamping memberikan perkhidmatan yang cekap, efisyen dan berkesan kepada semua warga institut khususnya para pelajar supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum dari semua perkhidmatan yang disediakan.
  • Sedia membantu dan menggalakkan pengguna dalam proses mengesan maklumat secara cepat dan tepat seperti yang dikehendaki.
  • Mempastikan perkhidmatan yang diberikan sepanjang masa adalah mesra, cepat dan tepat selaras dengan keperluan pengguna.
  • Berusaha mempertingkatkan prestasi pekerjaan dan perkhidmatan kami,tiada kegagalan,tiada kesilapan, kurang pembaziran disamping menjaga kebersihan , keceriaan serta disiplin perpustakaan dan warga kerjanya ditahap cemerlang dan gemilang.
  • Mempertingkatkan dan memperbaiki mutu perkhidmatan kaunter yang berkesan dalam proses pencarian maklumat di perpustakaan.
Motto

Berkhidmat,Berwibawa

Organisasi

Carta Organisasi

Dr. Norafidah binti Noralidin

Pengarah

Dr Ronald Yusry Batahong

Timbalan Pengarah

Pn. Jaidah Saidon@Saidun

Ketua Pusat Sumber

Treciae Majit

Pustakawan

En. Hamli bin Salleh@Kurony

Pembantu Pustakawan

Pn. Suraini binti Ramlee

Pembantu Pustakawan

Pn. Welnie Stpone George

Pembantu Khidmat Awam

Waktu Perkhidmatan

TempohIsnin–KhamisJumaat
Semasa Semester8.00 pagi - 4.30 petang8.00 pagi - 11.30 pagi; 11.30 pagi – 2.00 petang (TUTUP); 2.00 petang – 4.30 petang
Cuti Semester8.00 pagi - 1.00 petang; 1.00 petang - 2.00 petang (TUTUP); 2.00 petang – 4.30 petang8.00 pagi - 11.30 pagi; 11.30 pagi – 2.00 petang (TUTUP); 2.00 petang – 4.00 petang

Hari Kelepasan Am: TUTUP. Pihak perpustakaan mengamalkan langkah penjimatan. Oleh itu, pihak perpustakaan hanya akan dibuka sekiranya ada permintaan untuk membuka operasi pada hari Sabtu/Ahad oleh jabatan/pelajar. Surat permohonan boleh dikemukakan kepada Ketua Perpustakaan.